Wednesday, December 21, 2011

I can be strong!

Assalamualaikum, 


Hmmm, kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa Allah beri kita dugaan? dugaan yg bagi kita tak mampu nak hadapi. Kita tak kuat untuk selesaikan masalah ni, kita tak terdaya, tak mampu nak hadapi. Tapi cuba fikir balik, Allah tak kan beri dugaan yang hambanya tidak mampu menghadapi nya. So mesti kita kuat, tabah untuk hadapi dugaan tu.. Bohong lah kalau ade yg cakap, dia tk fed up dengan dugaan or masalah yg dia hadapi. Mustahil! Tapi kemungkinan besar jugak, ade lah segilintir manusia yang kuat dan tabah untuk hadapi semua dugaan mereka.. 


Tapi aku, aku tk kuat nak hadapi dugaan yang aku dapat, aku tak kuat. Aku tak tahu mcm mana nak selesaikan. Aku tak sanggup. To be honest, aku dah fed up... Aku dah habis ikhtiar, aku dah habis sabar, aku rasa iman aku betul-betul tercabar. Aku tak sanggup nak lalui semua ni. Dah tk terdaya,dan setiap malam doa aku tak pernah-pernah putus minta supaya Allah beri aku hidayah dan petunjuk untuk semua ni. Hmmmm, mampu tk mampu aku kena terus bersabar, dan bersabar, dan bersabar lagi. InsyaAllah dengan kesabaran yang aku ada, ketabahan hati ini, insyaAllah aku akan kuat hadapi semua ni. 


Yang penting, aku kena yakin dengan diri aku, yakin dengan apa yg aku decide.. Aku kena yakin! Kalau aku ragu-ragu, aku percaya, aku tak kan dapat lalui semua ni dengan baik.... Hanya tawakal dan berserah kepada Allah yang mampu aku lakukan sekarang..  Yeee, ini sebenarnya ade hubung kait dengan soal hati, dan perasaan aku. Tapi aku tk boleh nak share semua dekat sini. Hmmmm, khalifah di muka bumi Allah ini, dikurniakan "PERASAAN", dan pelbagai-bagai perasaan yang kita ada. Dan kita, selalu bermain-main dengan perasaan, ade kala kita rasa suka, ada kala kita rasa sedih, ada kala kita rasa kehilangan. 


Bila kita rasa suka, ade ke kita ingat Allah? Ade ke? Kita tk sedar yang Allah yang sebenarnya kurniakan kita perasaan tu, why not kita bersyukur pada Allah. Hmmm? Why not kita berterima kasih kepada Allah? Kenapa kita kena lupa Allah bila saat-saat suka,gembira kita? Kenapa? Dan kenapa pulak, bila kita sedih, bila kita rasa kehilangan, kita baru teringatkan Allah, kita baru nak berdoa, dan mendekatkan diri kepada Allah bila kita dalam keadaan susah? kita tk sedarkan semua tu? Yang kita tahu, bila happy, seronok kita lupa pada Allah, bila kita sedih, dalam kesusahan kita baru nak ingat Allah.


Hmmmmm, aku selalu fikir, yang dugaan-dugaan yang Allah bagi dekat aku, untuk aku cuba belajar dan cari apa kesilapan yang aku dah buat. Yeah, mungkin jugak,tapi itu bagi aku. Hmmm, kalau aku mengeluh, kalau aku tak redha, tak ikhlas dengan dugaan semua ni, Allah akan tolong aku? Allah akan tolong aku beri hidayah? petunjuk? kemungkinan tidak, sebab yelah mcm mana aku ckp td, Allah tak kan uji kita kalau kita sendiri tak mampu nak laluinya. So aku kena fikir secara matang, fikir secara positif, semua ni ade hikmah di sebaliknya, ade pengajaran di sebaliknya. 
So now, aku cuba belajar untuk berfikir secara rasional :') Hmmm, insyaAllah aku boleh lalui semua ni.. InsyaAllah :)
Thanks for reading ..

 
Copyright by T A S Y 0 0 0